Nama saya Rotica anak Isap. Saya seorang Bidayuh dan berasal dari Kampung Semapu, Lundu, Sarawak. Saya anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik.
Sebelum saya mengenal Tuhan Yesus, kehidupan saya tidak tenang. Tanpa saya sedari, bermacam-macam kelakuan buruk dan perbuatan berdosa telah saya lakukan. Saya tidak tahu macam mana hendak bercerita; hanya Tuhan sahaja yang tahu masa silam saya.
Memang dari dahulu lagi saya ada keinginan untuk mengenal Tuhan Yesus. Semasa saya masih kanak-kanak, ada juga kawan-kawan di kampung yang mengajak saya mengenali Yesus. Tetapi masa itu saya masih kecil dan tidak faham. Puji Tuhan, saya diberi peluang lagi untuk mengenali-Nya melalui Norika a/p Norgi. Dia banyak mengajar saya tentang Tuhan Yesus dan tentang agama Kristian. Dia juga mengajar saya berdoa.
“Saya percaya kepada Tuhan Yesus kerana Dia menyelamatkan saya dari segala dosa-dosa saya.”
Rotica anak Isap
Saya percaya kepada Tuhan Yesus bukan sahaja kerana pertolongan-Nya dan berkat-Nya dari segi kebahagiaan, rezeki dan kesihatan, tetapi juga dari segi rohani, kerana Dia menyelamatkan saya dari segala dosa-dosa saya. Yesus memang ajaib kuasa-Nya.
Setelah saya mengenali dan percaya kepada Tuhan Yesus, hati saya mula berubah. Saya berasa tenang, dan saya mendapat kesedaran yang luar biasa.
Puji Tuhan, pada hari Rabu, 16 Disember 2020, saya telah dibaptiskan.
Rotica anak Isap
First published in Voice of Hope, Jan–Jun 2021. Read the issue (PDF)
